My research
(thesis)
Mari kita belajar sama2 sejarah suku kaum Bajau
Semporna …lepas ini harap ndak da lagik org yang confuse dgn suku kaum Bajau
Darat dan Bajau Laut! Mengkaji itu bukan mudah perlukan penelitian lebih
mendalam dr pelbagai sumber maklumat spt kajian para sarjana dan temubual
bersama org2 kg…sy fokuskn kepada suku kaum Bajau di Semporna sahaja.
Sejarah
Asal Usul Suku Kaum Bajau Semporna
Negeri Sabah
merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Utara Pulau Borneo
bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semulajadi, tetapi ia juga kaya dengan
warisan budaya penduduk yang
pelbagai etnik. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo
sejak berabad lama iaitu merupakan suku kaum kedua terbesar di Sabah dan suku
kaum Bajau atau samah terbahagi kepada dua, iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat.
Bajau Samah terbahagi kepada dua iaitu Bajau Samah Pantai Barat (Kudat, Kota
Belud, Tuaran, Papar), manakala bagi Bajau Samah Pantai Timur (Semporna, Tawau,
Lahad Datu, Sandakan).
Sebelum
ditabdir oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun
1881, Semporna merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Sulu
yang diletakkan dalam wilayah pentadbiran Magindanao iaitu setelah berjaya
membantu Kesultanan Brunei menumpaskan musuhnya di Pulau Chermin. Selepas tahun
1881, Semporna dan lain-lain wilayah Kesultanan Sulu di Borneo Utara telah
diserahkan kepada BNBCC “untuk selamanya dan berkekalan”, dan nama “Tong Talun”
(hujung hutan) telah ditukar kepada
“Semporna” yang membawa maksud “tempat
yang aman dan damai”.
Berdasarkan
kepada teori asal-usul suku kaum Bajau di Sabah nampaknya cenderung untuk
mengaitkannya berasal daripada Johor,
tetapi sama sekali tidak. Asal-usul suku kaum Bajau di Semporna
adalah berasal dari selatan Filipina. Ianya hanya dikaitkan dengan kerajaan Johor pada suatu ketika kerana terdapat dua orang
adik-beradik dari Sulu (Filipina) iaitu Haklum Nuzum dan adiknya
Seliangaya Bungsu sangat meminati puteri Siti Zairan Kebaran iaitu anak kepada Sultan
Mahalikul Alam yang memerintah Johor.
Puteri Siti Zairan Kebaran cukup terkenal dengan kejelitaannya
dan telah menarik minat dua orang adik-beradik dari Sulu ini. Untuk berlaku
adil, maka Sultan Mahalikul Alam telah mengadakan pertandingan lumba
perahu antara dua adik-beradik ini iaitu belayar ke Pulau Angsa yang
terletak diperairan Johor dan sesiapa yang memenanginya akan dikahwinkan
dengan Puteri Siti Zairan Kebaran. Dalam perlumbaan tersebut, layar perahu milik
Seliangaya Bungsu telah patah dan tewas dalam pertandingan tersebut. Disebabkan
kegagalan tersebut, beliau telah bertekad untuk tidak ke Johor dan
meneruskan pelayarannya sehingga tiba di Pulau Sambuanga (Zamboanga) di
selatan Filipina. Seliangaya Bungsu telah menetap dan berkahwin dengan seorang
wanita di Pulau Sambuanga dan dianugerahkan dua orang cahaya mata iaitu
lelaki dan perempuan. Adalah dipercayai kedua-dua anak tersebut telah melakukan
hubungan sumbang dan perkara tersebut diketahui oleh Saliangaya Bungsu. Seliangaya
Bungsu berasa malu lalu membawa diri belayar ke Pulau Omadal (Omaral) dan
dipercayai keturunannya berkembang di Pulau Omadal dan seterusnya berpindah
di kawasan persekitaran terutamanya ke Pulau Bum-Bum yang terletak
berhadapan dengan tanah besar Semporna dan tempat mereka berhimpun itu
dinamakan Kubang yang bermaksud "berhimpun
atau berkumpul". Dalam erti kata lain, tindakan suku kaum Bajau yang
berhijrah dari Pulau Omadal dan membuka petempatan secara tetap di tanah
daratan di Pulau Bum-Bum telah menghilangkan identiti dan budaya nomad
mereka yang pernah mereka budayakan suatu masa dahulu dan akhirnya
mewujudkan satu suku Bajau baru yang dikenali sebagai Bajau Kubang,
Bajau Sampulna (Semporna) atau Bajau Darat (Land Bajau). Jadi, secara keseluruhannya suku kaum Bajau di
Semporna memang berasal dari Filipina semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu
adab ke-18, di mana mereka ini mula bermigrasi
dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah yang dipercayai keturunannya
daripada Seliangaya
Bungsu.
Masyarakat
bajau samah pantai timur khususnya daerah Semporna terkenal dengan kegiatan
penangkapan hasil laut. Di
Filipina,
suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh
Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam
perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan
mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Bagi membezakan
suku ini, mereka dikenali sebagai suku "sama'" dari suku kaum
"Badjau" yang berasal dari Selatan Filipina.
Di bawah
pentadbiran Kerajaan Sabah, secara keseluruhannya kaum Bajau Darat yang telah menetap
dan menjalani kehidupan mereka di daratan sekaligus berkhidmat dalam pelbagai
bidang sektor kerajaan dan sektor swasta terus berkembang maju dari pelbagai aspek
kehidupan berbanding dengan kaum Bajau Laut
yang majoritinya masih lagi tinggal di dalam bot dan di persisiran pulau
di Semporna. Perbezaan status di antara dua suku kaum ini adalah bagi suku kaum
Bajau Laut secara realitinya mundur dan ketinggalan zaman, manakala bagi suku
kaum Bajau Darat kehidupan mereka berubah mengikut peredaran zaman pada masa
kini, maka kaum Bajau Darat telah memberi gelaran kepada kaum ini sebagai “Pala
'u” iaitu bermaksud Bajau
Laut. Selain itu, perbezaan dari segi penggunaan bahasa bajau, Bajau Laut
menggunakan bahasa dengan berbunyi iaitu seperti bernyanyi berbanding
Bajau Darat yang menggunakan bahasa normal.
Dari segi sejarah komuniti Bajau Laut
pula yang terdapat di Semporna pada hari ini, adalah berasal dari keluarga besar
Bajau di selatan kepulauan Filipina dan mula bermigrasi dan menetap di kawasan
perairan pantai timur Sabah (Laut
Sulu) semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi, iaitu sekitar abad
ke-18. Nampaknya
sukar untuk difahami dari
perspektif dalaman kaum ini sendiri
tetapi berada dalam sejarah dan asal usul keluarga besar suku kaum Bajau.
Pada
hari ini, majoriti kaum Bajau Laut yang baru menetap di kawasan perairan Pulau
Mabul adalah berasal dari perairan Pulau Sitangkai yang terletak disempadan
perairan antarabangsa Filipina-Malaysia yang tinggal di dalam bot dan hidup
secara nomad. Apabila terbentuknya sebuah negara bangsa dan sempadan antarabangsa
antara Filipina-Malaysia, kaum ini tidak diiktiraf sebagai rakyat kedua-dua
buah negara kerana tidak menetap di tanah daratan dan pulau milik Filipina dan
Malaysia tetapi bergerak bebas mengikut angin dan arus di Laut Sulu sahaja.
Ketiadaan satu bentuk persefahaman antara Malaysia-Filipina untuk menentukan
nasib kaum ini telah menyebabkan mereka tiada tempat untuk singgah di daratan
atau pulau milik mutlak Malaysia-Filipina melainkan terus berada diperairan Laut
Sulu yang longgar dari segi pemilikan dan kawalannya. Walau bagaimanapun, kaum Bajau
Laut ini nampaknya lebih suka berada di kawasan perairan pulau-pulau di Sabah berbanding
pulau-pulau di selatan Filipina kerana lebih stabil dari segi keselamatan dan lebih
mudah untuk mencari rezeki. Dalam erti kata lain, kekaburan dalam status
kerakyatan dan kedudukan mereka diperairan Sabah-Filipina telah menyebabkan
kaum ini diklasifikasikan sebagai stateless people sahaja dan bukannya pendatang
tanpa izin dan pelarian politik.
Secara
keseluruhan identiti, sejarah asal-usul dan keberadaan mereka (bajau laut) di
bumi Sabah nampaknya masih lagi kabur. Dalam erti kata lain, kaum Bajau Laut di
Sabah ini seolah-olah tidak mempunyai sejarah asal-usul dan identitinya sendiri
sehingga terpaksa "ditumpangkan" dengan sejarah besar kaum Bajau
Darat. Tambahan pula, dalam pegangan agama Bajau Laut dianggap sebagai “pagan” iaitu kafir sehingga kini.
Walau
bagaimanapun, suku kaum Bajau ini sangat besar kelompoknya. Hakikatnya, baik di
Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan
tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara tempat tersebarnya suka kaum ini. Ramai yang berpendapat bahawa suku
ini berasal daripada Johor, tetapi itu hanya satu andaian sahaja tanpa melihat
drpd sejarah KEDATANGAN ISLAM DI SABAH. Tetapi tidaklah keterlaluan bahawa
orang Bajau memang pernah singgah ke Tanah Melayu dalam perjalanan mereka dari Teluk
Burma dan mungkin singgah ke Johor. Untuk memperkuatkan lagi andaian ini, berikut
diperturunkan hujah bahawa sifat orang Bajau yang suka mengembara. Menurut
Daved Sopher, pengembara-pengembara laut (Bajau terkenal juga sebagai
pengembara laut) telah mengembara ke empat kawasan utama di Asia Tenggara, iaitu
Laut China Selatan (termasuk kepulauan Riau-Lingga, pulau-pulau Tujuh, pulau-pulau
Bangka dan Biliton, kepulauan Sulu, Sabah, Indonesia Timur dan kawasan Pantai
Barat Semenanjung Tanah Melayu. Tetapi bagi suku kaum Bajau di Semporna
bukanlah berasal daripada Johor tetapi dr keturunan Seliangaya Bungsu (Filipina).
Terdapat sekurang-kurangnya 31 subdialek
bahasa ini yang dituturkan di Sabah dan Selatan Filipina. Subdialek ini belum
mengambil kira subdialek yang terdapat dan dituturkan di Indonesia Timur.
Berikut adalah 31 subdialek tersebut:
1. Ubian
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung (suku saya dr sebelah bapak)
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Kota Belud
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung (suku saya dr sebelah bapak)
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Kota Belud
25. Sama (Pantai Barat Sabah)
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan
Sumber : Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Kajian Malaysia drpd Imam Malang Imam Jamlang (temubual di Pulau Omadal, Sabah, 15/3/2009) dan Haji Bokara (temubual di Pulau Bum-Bum, Sabah, 14/3/2009).
Jika menulis sejarah pendudkan bajau di omaral kerana semporna belum wujud masa itu lebih baik merujuk kepada catatan marco polo, kerana pulau yang dimaksudkan omarale (sempena nama orang menemui pulau i ni i) sebenarnya pulau bum bum yang kita kenali pada masa ini. Catatannya juga hanya ada tiga penempatan disitu iyang digambarkan dlm lukisan pelannya. Tiga tempat tu adalah Gosong melanta tanjung pulau (kini dkenali omaral ) dan Pantai Pantai (kini Pantau Pantau).
BalasPadamTanjung Pulau dikenali sebagai omaral kerana orang pedagang lebih mudah menyebut omarale dan sehingga nama nya Pulau Omadal yang kemudian bajau dari Berau tiba untuk menetap hingga ke hari ini.
Ini adalah maklumat ringkas, namun buku rujukannya tidak terdapat dalam mana mana website melainkan saudara yang menjumpainya semasa belajar di UK.
Satu ulasan yang nampak sangat berat Sebelah dan seakan menghina keturunan Bajau dari Umaral... Kalau tiada kemampuan untuk membuat kajian yang lebih mendalam Please jangan taip ikut suka hati.. Ada banyak buku Ilmiah zaman dulu kala especially dari Marco polo
PadamNo 24 dan no25 tu adalah kaum dan bahasa yg sama. Bajau kota belud dipanggil bajau samah. Bajau samah menyebar di sekitar pantai barat sabah.
BalasPadamBajau sama sma bajau laut berlainan ya
Padamtdk benar sma sekali ,,jgn buat kenyataan klo anda sndri bukan suku bajau..
BalasPadamHuraian drp mna sumber rujukan...Kesultanan Sulu yg membantu dlm perang saudara di Brunei Begitu juga klu Bajau itu berasal daripada Johor, mengikut kajian tdk ada satupun penutur Bahasa Bajau di Johor.
BalasPadamBajau itu adalah satu bangsa dan bajau sama dan lain2 jenis bajau adalah sub etnik.
BalasPadamsorry ya pembetulan..bajau semporna itu bkn sebahagian dn bkn ciptaan dri org bajau kubang.pengistilahan bajau semporna baru wujud slpas era kemerdekaan north borneo dn slpas kemasukan be ramai2 pelarian perang dri filipina pada era 1970 an.istilah bajau semporna ini di wujudkan oleh org2 badjoa yg dtg dri selatan filipin dn menetap di daerah semporna.sblum kemerdekaan 1963,nama bajau semporna tdk wujud pun sblum kemerdekaan.tujuan bajau semporna di wujudkan adalah utk memudahkan panggilan dri org luar oleh kerana bajau yg mendominasi daerah ini.wlupun daerah ini di dominasi oleh suku kaum bajau,tetapi tdk semua bajau di sini anak kelahiran tempatan.d sbb kn kemasukan pelarian perang yg tdk terkawal hgga menghilangkan identiti suku kaum bajau kubang.Dn hrini org luar tdk mengenali siapa dn tdk tau pun kewujudan org kubang d sbb kn terjajah dgn istilah baru yg di cipta iaitu Bajau semporna.bila bercakap menegnai daerah semporna,ramai yg lebih sinonim mengenali bajau semporna berbanding bajau kubang.ini lh bentuk penajajahn ke atas suku kubang hgga kn ada juga segelintir suku kubang terpaksa meng iyakan sahaja panggilan bajau semporna.
BalasPadamIni tidak boleh pakai, memandai mandai saja Bajau Semporna dari Filipina? Cubalah datang sendiri dan kaji sendiri tentang penduduk asal Semporna adalah Porol Bajau dan Bajau Kubang. Bajau Laut atau Pala'u tiada negara dikategorikan sebagai orang asli laut di bawah lindungan PBB, Bajau-Bajau yang lain contohnya Simunul, Sibutu, Bagingi, Tabawan dan lain-lain adalah berasal dari Filipina juga pelarian perang berbeza dengan Porol dan Bajau Kubanh ini penduduk asal Semporna dan Porol dan Kubang ini pemilik beberapa Pulau-Pulau di Semporna. Mau jadi blogger jangan buat fakta ikut sedap tangan dan otak sedang menaip, buat kajian betul-betul bukan bagi maklumat yang salah ini dan ketara sangatlah kau racist hanya memihak mempertahankan Bajau KB saja. Aku orang Semporna kuburan nenek moyang ku di Semporna tiada di Filipina.
BalasPadamSama sekali tidak benar. Syarif Muhammad Kebungsuan pengiringnya berbangsa Bajau bukan Bajau Pantai Barat tetapi Bajau Pantai Timur, berbangsa Porol bermaksud BAJAU daripada Bahasa Melayu Ber-Jauh. Banyak dikisahkan tentang kaitan Sama-Bajau dengan Johor itu. Ada dicatatkan oleh Cyrill Alliston, Najeeb Saleeby, Arlo H. Nimmo dan alexander Darlymple seterusnya hingga ke Kepulauan Sulu Islam itu berkembang. Cubalah datang ke Pulau Omadal itu adalah Pulau Perkuburan Islam yang beratus tahun usianya. Bajau di Semporna sudah lama beragama Islam. Tapi orang Bajau di Semporna terutamanya melawan British sehingga British membawa masuk Suku lain dari Filipina ada yang sudah jadi warganegara sebab masuk sebelum merdeka. Ada lagi selepas merdeka, Pelarian Perang bertambah teruk keadaannya identiti penduduk asal Daerah Semporna tidak kelihatan oleh bangsa lain di Sabah. 40% sahaja anggaran penduduk asal Daerah Semporna dan 60% suku dari Filipina.
BalasPadamporol itu pure
Padam