10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua
1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air
berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan
minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,
menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di
sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk
bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan
utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang
tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab
merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org
memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat,
kan???
4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam...
tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan
membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu
tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit
juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika
masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu
ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.
6. Makan yg cukup tapi
bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.
Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan
memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi
jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh
lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Luangkan
masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di
salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak
semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan
sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan
lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi
tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda
akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu
penampilan kita pun cantik!
10. Ketawa penghibur duka! Jadi
ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan
memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan
di muka.
Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan