" Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan perasaan sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas "

Isnin, 12 Jun 2017

Sejarah Asal Usul Suku Kaum Bajau Semporna



My research (thesis)

Mari kita belajar sama2 sejarah suku kaum Bajau Semporna …lepas ini harap ndak da lagik org yang confuse dgn suku kaum Bajau Darat dan Bajau Laut! Mengkaji itu bukan mudah perlukan penelitian lebih mendalam dr pelbagai sumber maklumat spt kajian para sarjana dan temubual bersama org2 kg…sy fokuskn kepada suku kaum Bajau di Semporna sahaja.

Sejarah Asal Usul Suku Kaum Bajau Semporna

Negeri Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Utara Pulau Borneo bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semulajadi, tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduk yang pelbagai etnik. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad lama iaitu merupakan suku kaum kedua terbesar di Sabah dan suku kaum Bajau atau samah terbahagi kepada dua, iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Bajau Samah terbahagi kepada dua iaitu Bajau Samah Pantai Barat (Kudat, Kota Belud, Tuaran, Papar), manakala bagi Bajau Samah Pantai Timur (Semporna, Tawau, Lahad Datu, Sandakan).

Sebelum ditabdir oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1881, Semporna merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Sulu yang diletakkan dalam wilayah pentadbiran Magindanao iaitu setelah berjaya membantu Kesultanan Brunei menumpaskan musuhnya di Pulau Chermin. Selepas tahun 1881, Semporna dan lain-lain wilayah Kesultanan Sulu di Borneo Utara telah diserahkan kepada BNBCC “untuk selamanya dan berkekalan”, dan nama “Tong Talun” (hujung hutan) telah ditukar kepada “Semporna” yang membawa maksud “tempat yang aman dan damai”.

Berdasarkan kepada teori asal-usul suku kaum Bajau di Sabah nampaknya cenderung untuk mengaitkannya berasal daripada Johor, tetapi sama sekali tidak. Asal-usul suku kaum Bajau di Semporna adalah berasal dari selatan Filipina. Ianya hanya dikaitkan dengan kerajaan Johor pada suatu ketika kerana terdapat dua orang adik-beradik dari Sulu (Filipina) iaitu Haklum Nuzum dan adiknya Seliangaya Bungsu sangat meminati puteri Siti Zairan Kebaran iaitu anak kepada Sultan Mahalikul Alam yang memerintah Johor. Puteri Siti Zairan Kebaran cukup terkenal dengan kejelitaannya dan telah menarik minat dua orang adik-beradik dari Sulu ini. Untuk berlaku adil, maka Sultan Mahalikul Alam telah mengadakan pertandingan lumba perahu antara dua adik-beradik ini iaitu belayar ke Pulau Angsa yang terletak diperairan Johor dan sesiapa yang memenanginya akan dikahwinkan dengan Puteri Siti Zairan Kebaran. Dalam perlumbaan tersebut, layar perahu milik Seliangaya Bungsu telah patah dan tewas dalam pertandingan tersebut. Disebabkan kegagalan tersebut, beliau telah bertekad untuk tidak ke Johor dan meneruskan pelayarannya sehingga tiba di Pulau Sambuanga (Zamboanga) di selatan Filipina. Seliangaya Bungsu telah menetap dan berkahwin dengan seorang wanita di Pulau Sambuanga dan dianugerahkan dua orang cahaya mata iaitu lelaki dan perempuan. Adalah dipercayai kedua-dua anak tersebut telah melakukan hubungan sumbang dan perkara tersebut diketahui oleh Saliangaya Bungsu. Seliangaya Bungsu berasa malu lalu membawa diri belayar ke Pulau Omadal (Omaral) dan dipercayai keturunannya berkembang di Pulau Omadal dan seterusnya berpindah di kawasan persekitaran terutamanya ke Pulau Bum-Bum yang terletak berhadapan dengan tanah besar Semporna dan tempat mereka berhimpun itu dinamakan Kubang yang bermaksud "berhimpun atau berkumpul". Dalam erti kata lain, tindakan suku kaum Bajau yang berhijrah dari Pulau Omadal dan membuka petempatan secara tetap di tanah daratan di Pulau Bum-Bum telah menghilangkan identiti dan budaya nomad mereka yang pernah mereka budayakan suatu masa dahulu dan akhirnya mewujudkan satu suku Bajau baru yang dikenali sebagai Bajau Kubang, Bajau Sampulna (Semporna) atau Bajau Darat (Land Bajau). Jadi, secara keseluruhannya suku kaum Bajau di Semporna memang berasal dari Filipina semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu adab ke-18, di mana mereka ini mula bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah yang dipercayai keturunannya daripada Seliangaya Bungsu.

Masyarakat bajau samah pantai timur khususnya daerah Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut. Di Filipina, suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Bagi membezakan suku ini, mereka dikenali sebagai suku "sama'" dari suku kaum "Badjau" yang berasal dari Selatan Filipina.

Di bawah pentadbiran Kerajaan Sabah, secara keseluruhannya kaum Bajau Darat yang telah menetap dan menjalani kehidupan mereka di daratan sekaligus berkhidmat dalam pelbagai bidang sektor kerajaan dan sektor swasta terus berkembang maju dari pelbagai aspek kehidupan berbanding dengan kaum Bajau Laut yang majoritinya masih lagi tinggal di dalam bot dan di persisiran pulau di Semporna. Perbezaan status di antara dua suku kaum ini adalah bagi suku kaum Bajau Laut secara realitinya mundur dan ketinggalan zaman, manakala bagi suku kaum Bajau Darat kehidupan mereka berubah mengikut peredaran zaman pada masa kini, maka kaum Bajau Darat telah memberi gelaran kepada kaum ini sebagai “Pala 'u” iaitu bermaksud Bajau Laut. Selain itu, perbezaan dari segi penggunaan bahasa bajau, Bajau Laut menggunakan bahasa dengan berbunyi iaitu seperti bernyanyi berbanding Bajau Darat yang menggunakan bahasa normal.

Dari segi sejarah komuniti Bajau Laut pula yang terdapat di Semporna pada hari ini, adalah berasal dari keluarga besar Bajau di selatan kepulauan Filipina dan mula bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah (Laut Sulu) semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi, iaitu sekitar abad ke-18. Nampaknya sukar untuk difahami dari perspektif dalaman kaum ini sendiri tetapi berada dalam sejarah dan asal usul keluarga besar suku kaum Bajau.

Pada hari ini, majoriti kaum Bajau Laut yang baru menetap di kawasan perairan Pulau Mabul adalah berasal dari perairan Pulau Sitangkai yang terletak disempadan perairan antarabangsa Filipina-Malaysia yang tinggal di dalam bot dan hidup secara nomad. Apabila terbentuknya sebuah negara bangsa dan sempadan antarabangsa antara Filipina-Malaysia, kaum ini tidak diiktiraf sebagai rakyat kedua-dua buah negara kerana tidak menetap di tanah daratan dan pulau milik Filipina dan Malaysia tetapi bergerak bebas mengikut angin dan arus di Laut Sulu sahaja. Ketiadaan satu bentuk persefahaman antara Malaysia-Filipina untuk menentukan nasib kaum ini telah menyebabkan mereka tiada tempat untuk singgah di daratan atau pulau milik mutlak Malaysia-Filipina melainkan terus berada diperairan Laut Sulu yang longgar dari segi pemilikan dan kawalannya. Walau bagaimanapun, kaum Bajau Laut ini nampaknya lebih suka berada di kawasan perairan pulau-pulau di Sabah berbanding pulau-pulau di selatan Filipina kerana lebih stabil dari segi keselamatan dan lebih mudah untuk mencari rezeki. Dalam erti kata lain, kekaburan dalam status kerakyatan dan kedudukan mereka diperairan Sabah-Filipina telah menyebabkan kaum ini diklasifikasikan sebagai stateless people sahaja dan bukannya pendatang tanpa izin dan pelarian politik.

Secara keseluruhan identiti, sejarah asal-usul dan keberadaan mereka (bajau laut) di bumi Sabah nampaknya masih lagi kabur. Dalam erti kata lain, kaum Bajau Laut di Sabah ini seolah-olah tidak mempunyai sejarah asal-usul dan identitinya sendiri sehingga terpaksa "ditumpangkan" dengan sejarah besar kaum Bajau Darat. Tambahan pula, dalam pegangan agama Bajau Laut dianggap sebagai “pagan” iaitu kafir sehingga kini.

Walau bagaimanapun, suku kaum Bajau ini sangat besar kelompoknya. Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara tempat tersebarnya suka kaum ini. Ramai yang berpendapat bahawa suku ini berasal daripada Johor, tetapi itu hanya satu andaian sahaja tanpa melihat drpd sejarah KEDATANGAN ISLAM DI SABAH. Tetapi tidaklah keterlaluan bahawa orang Bajau memang pernah singgah ke Tanah Melayu dalam perjalanan mereka dari Teluk Burma dan mungkin singgah ke Johor. Untuk memperkuatkan lagi andaian ini, berikut diperturunkan hujah bahawa sifat orang Bajau yang suka mengembara. Menurut Daved Sopher, pengembara-pengembara laut (Bajau terkenal juga sebagai pengembara laut) telah mengembara ke empat kawasan utama di Asia Tenggara, iaitu Laut China Selatan (termasuk kepulauan Riau-Lingga, pulau-pulau Tujuh, pulau-pulau Bangka dan Biliton, kepulauan Sulu, Sabah, Indonesia Timur dan kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Tetapi bagi suku kaum Bajau di Semporna bukanlah berasal daripada Johor tetapi dr keturunan Seliangaya Bungsu (Filipina).

Terdapat sekurang-kurangnya 31 subdialek bahasa ini yang dituturkan di Sabah dan Selatan Filipina. Subdialek ini belum mengambil kira subdialek yang terdapat dan dituturkan di Indonesia Timur. Berikut adalah 31 subdialek tersebut:

1. Ubian
2. Sallogan
3. Sapa’
4. Sikubung (suku saya dr sebelah bapak)
5. Sapa’-sapa’
6. Tando’ Bas
7. Basbas
8. Tando’ Banak
9. Ungus Matata
10. Lo’ok Nato’
11. Kohek
12. Bannaran
13. Sitangkai
14. Simunul
15. Sibutu’
16. Pangutaran
17. Siasi
18. Laminusa
19. Nusa
20. Larapan
21. Musu’
22. Manubal
23. Pala’u
24. Kota Belud
25. Sama (Pantai Barat Sabah)
26. Sisangat
27. Siamal
28. Tabawan
29. Kagayan
30. Bangingi' (Balagnini atau Balangingi)
31. Tatabuan-Kaniogan


Sumber : Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Kajian Malaysia drpd Imam Malang Imam Jamlang (temubual di Pulau Omadal, Sabah, 15/3/2009) dan Haji Bokara (temubual di Pulau Bum-Bum, Sabah, 14/3/2009).

Isnin, 24 November 2014

Pesanan buatmu HAWA


Perempuan di uji di DUNIA:

Kena pakai TUDUNG
Kena pakai STOKIN
Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA
Kena banyak FITNAH
Kena TAAT perintah SUAMI
Kena menjaga MARUAH DIRI
Tidak bolek BERLEBIHAN dalam BERHIAS
Di AKHIRAT,
SABAR+REDHA= IN SHA ALLAH Syurga menanti..

LELAKI di beri kemudahan di DUNIA:
Tidak pakai TUDUNG
Tidak pakai STOKIN
AURAT senang di jaga
Tidak risau dengan FITNAH
Mudah mahu buat apa saja

Tapi di AKHIRAT:
Tanggung dosa DIRI SENDIRI
Dosa ISTERI
Dosa ANAK-ANAK
Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat
Dosa tidak beri NAFKAH
Dosa tidak menjaga PANDANGAN
Dosa ADIK-ADIK
Dosa sesama MANUSIA
Dosa tidak SOLAT
SABAR + REDHA belum cukup kerana lelaki akan di tanya TANGGUNGJAWAB mereka di BUAT atau TIDAK di dunia...

LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL...
Janganlah kita MERUGUT dan tidak REDHA atas apa yang sudah ditentukan oleh ALLAH..
Apa yang kita ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN..

NAFI & ISBAT



Berpisahkah hamba dengan ALLAH dan bersatukah Allah dengan hamba??

Apakah nafi dan isbat itu, bercerai atau bersekutu??

Umat islam semua yang dirahmati ALLAH SWT sekalian, ramai dikalangan kita tidak tahu apa itu nafi dan isbat??

Barangsiapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah ia bersyahadah, melainkan seumpama syahadanya seekor burung tiong. Apakah islam burung tiong itu, bila mana mereka bersyahadah?

Cuba kalian jawab pertanyaan saya, sekiranya jawapan kalian memihak kepada tidak, bererti sesiapa diantara kita yang bersyahadahnya tanpa mengetahui akan nafi dan isbat, mereka itu tidak ubah bersyahadahnya seperti seekor burung tiong! Jika syahadahnya seekor burung tiong itu tidak boleh mengislamkan dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tahu perkara nafi dan isbat.

Barangsiapa diantara kita yang tidak tahu nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita!! Kiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita, Apakah agama bagi kita yang seumpama itu???

Cuba kalian jawab pertanyaan ini??

Bagi sesiapa yang ingin mendapat barokah guru-guru terdahulu, saya minta kepada semua yang membaca apa yang saya tulis ini, hendaklah sekalian patuh dan ikut cadangan saya.

Sekarang saya mahu kalian jawab pertanyaan saya diatas kertas. Samaada jawapan itu memihak kepada ya atau tidak, saya mahu kalian saksikan diatas kertas. Sekiranya membaca sekadar hobi , abaikan saja cadangan saya!

Sekali lagi saya bertanya, sekiranya syahadah kita yang tidak tahu nafi dan isbat...
1) Apakah bezanya dengan burung tiong?
2) Kiranya tidak berbeza antara syahadah tiong dengan kita, Apakah kita itu ISLAM??

"Nafi dan isbat itu, seumpama baju dan warna baju yang kalian pakai sekarang",
Baiklah sekarang jawab lagi soalan saya. Apakah warna baju yang kalian pakai sekarang? Bagi lelaki yang kebiasaannya tidak pakai baju ketika dirumah, saya mahu bertanya, Apakah warna kain yang kalian pakai sekarang? Sekiranya warna baju atau kain yang kalian pakai sekarang itu, cthnya : berwarna merah, saya mahu kalian cuba bayangkan baju merah atau kain werah itu, kita gunting atau koyak dua! Apakah warna merah pada kain atau warna merah pada baju yang kita koyak itu, boleh bercerai atau berpisah??

Soalan :
Bolehkah ianya bercerai atau berpisah??
"Seandainya kain dan warna kain itu tidak boleh berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah SWT!! Kita dengan Allah tidak boleh berpisah!!"

- (Merah itu adalah baju dan baju itu adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah), tetapi harus ingat!! bahawa merah itu bukan baju dan baju pula bukan merah!. Merah itu adalah warna, manakala baju itu pula adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sama?? Mustahil baju dengan merah itu sama??

Sekiranya tidak sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah?? Ketika dikoyak atau digunting, antara kain dengan warna, tidakkah kedua-duanya turut tergunting atau terkoyak?? Ketika kedua-duanya turuk terkoyak atau tergunting, apakah boleh ianya dikatakan bersatu dan apakah boleh ianya dikatakan berasing?? Cuba jawab........................................................

Barangsiapa yang tahu jawapannya, maka fahamlah ia akan makna nafi dan isbat dan dengan sendirinya akan fahamlah ia siapa hamba dan siapa ALLAH itu!! "bercerai tidak, berpisah tiada"
Setinggi manapun kita, tidak mungkin tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah itu, tidak mungkin rendahnya Allah itu menjadi hamba, DIA tetap satu, MAHA BERKUASA!!

Ketika kita sebut perkataan hamba Allah, perkataan sifat hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi Allah. Ketika kita sebut Allah hamba, ianya juga sekali-kali tidak memungkinkan Allah menjadi hamba!

Dalam hal ini, warna tidak mungkin menjadi kain dan kain pula tidak mungkin menjadi warna, tidak akan bertukar antara 1 dengan yang lain....

Sekian,

Sabtu, 22 November 2014

Dirimu begitu berharga



 "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin. Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [33:59]

Apa sengaja-sengaja Allah suruh tutup segala mahkota kita? Tidak!
Kerana DIA Allah yang Maha Mengetahui bagaimana pandangan lelaki-lelaki terhadap seorang srikandi.

Allah suruh tutup bukan nak seksa, tapi nak pelihara.

Duhai sahabatku para muslimin, jangan kau seksa zahir batin sang arjuna yang sedang berusaha menjaga mata dan jiwanya.

Kasihani mereka. Juga jangan kau seksa dirimu dengan bebanan dosa kerana auratmu tak kau pelihara.

Allah Maha Pengampun. Mohonlah keampuana daripada-NYA....



Sekecil kain menutup wajah,
Kerana cantiknya wajah kau satu anugerah,
Jika dibuka bimbang fitnah,
Ditutup wajah kau kata kerana Allah,
Tekad benar kau mengejar solehah,
Tegar juga ingin kau mujahadah,
Duhai muslimah berpurdah,
Aku puji jika benar kau ingin berhijrah,
Aku pula sedang muslimah yang sedang istiqomah,
Belum mampu berdiri adanya kau disebelah.

Tapi sayang,
Wajahmu sudah tertutup indah,
Mengapa diupload gambar untuk dipersembah?
Benar, wanita itu bisa membawa fitnah.

Terbukanya yang tertutup,
Niqobmu sekadar menutup wajah,
Tapi menjadi tontonan dunia yang disinggah.


Ahad, 24 Februari 2013

Kuasa Taqwa Wanita

Kuasa pujukan wanita..

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tida kada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujukdan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.*

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon*

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yanglain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN*

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah dimana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN*

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).". . .

Istimewanya wanita

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!